Memaparkan catatan dengan label konferens. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label konferens. Papar semua catatan

Sabtu, 10 November 2018

Persidangan YouthEx

Pada 9 November 2018, SLB SMK Permas Jaya telah dijemput untuk menghadiri dan juga mengendalikan bengkel di Persidangan YouthEx di Newcastle Medical Iskandar.










Khamis, 8 Februari 2018

Majlis Perasmian JISLC2018

Pada 7 Februari 2018,, satu persidangan antarabangsa pemimpin pelajar anjuran JSLC telah diadakan di KSL Hotel & Resort, Johor Bahru bertemakan Youth Leader: Infinite Ideas and Possibilities. Persidangan kali kelima ini diuruskan sepenuhnya oleh 21 pemimpin pelajar JSLC sebagai projek antarabangsa mereka setelah selesai mengharungi lapan latihan dalam negara dan dua latihan luar negara.

Persidangan ini juga menjemput tiga individu ternama untuk memberikan ucaptama diikuti beberapa siri bengkel dan pembentangan kertas kerja oleh 40 pemimpin pelajar dalam dan luar negara.

Peserta persidangan ini mencecah lebih 1200 orang dan memecah rekod persidangan JISLC sebagai siri yang teramai jumlah penyertaannya. Terdapat juga penyertaan dari lapan negara luar yang menjadikan persidangan ini diiktiraf sebagai persidangan peringkat antarabangsa oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.