Isnin, 4 Disember 2017

Konvensyen DSLB Kota TInggi kali Pertama

DSLB Kota Tinggi telah diberi amanah untuk menganjurkan satu Konvensyen DSLB yang menghimpunkan lebih 300 pemimpin pelajar dari 11 daerah di negeri Johor yang juga ahli DSLB dari daerah masing-masing. Program kali pertama yang diuruskan oleh ahli DSLB Kota tinggi seramai 22 orang ini antara matlamat utamanya adalah untuk menghimpunkan pemimpin pelajar yang berkongsi tugasan yang sama iaitu membangunkakn potensi kepimpinan di samping membantu menjayakan program di sekolah melalui inisiatif pelajar.

Konvensyen ini diadakan selama tiga hari iaitu bermula pada 29 November 2017 hingga 1 Disember 2017. Antara pengisian program ini ialah pembentangan kertas kerja bertajuk kepimpinan murid, ucaptama daripada jemputan khas dan juga lawatan ke tempat menarik sekitar Kota Tinggi untuk menghayati nilai sejarah yang ada di daerah ini.

Majlis ini dirasmikan oleh YB Hamimah Hj Mansor yang juga mendapat kerjasama dari KEJORA sebagai penaja utama. 

Program ini berjaya menaikkan semangat peserta untuk terus membangunkan program kepimpinan di sekolah di samping mencungkil potensi diri ahli DSLB untuk terus menjadi pemimpin ulung di masa akan datang.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.