Khamis, 3 Januari 2019

Pertandingan Amalan Terbaik SLB



MATLAMAT 

Meningkatkan kualiti penyampaian program SLB melalui penambahbaikan berterusan agar dapat memberi impak dari segi kemenjadian murid khususnya dalam elemen kepimpinan.


OBJEKTIF 

4.1 Dapat mengenalpasti kekuatan dan kemampuan organisasi SLB di sekolah yang mampu diangkat menjadi model terbaik.

4.2 Menyelaras, menyeragam dan membugarkan pengurusan program SLB agar menjadi lebih tersusun, kreatif dan berimpak tinggi di semua sekolah.

4.3 Mengiktiraf sekolah-sekolah yang telah menjalankan program SLB dengan cemerlang, berkesan dan kreatif untuk dijadikan rujukan dan inspirasi kepada sekolah lain.

4.4 Meningkatkan pembangunan sahsiah diri dan kepimpinan murid yang lebih berdaya saing.


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1. Penyertaan terbuka kepada semua sekolah yang telah menubuhkan program SLB. Setiap sekolah boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan.

2. Semua penyertaan mestilah asli dan hasil daripada idea sendiri dan telah diadakan pada tahun semasa. Pihak penganjur berhak untuk menolak penyertaan atau menarik balik hadiah yang diberikan sekiranya didapati program/projek adalah tidak asli.

3. Semua penyertaan hendaklah disertakan dengan borang penyertaan yang lengkap dan jelas.

4. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.

5. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan, tersilap hantar atau penyertaan yang hilang.

6. Keputusan daripada panel hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan berkenaan keputusan pertandingan tidak akan dilayan.

7. Pihak penganjur berhak untuk menggunakan idea atau bahan yang dihantar untuk tujuan promosi dan perkongsian kepada SLB sekolah lain.

8. Sentiasa rujuk laman www.jslcouncil.com untuk perkembangan dan aktiviti terkini.

9. Tarikh tutup penyertaan adalah pada atau sebelum 10 Januari 2019 (Khamis) jam 5 petang.

10. Penyertaan perlu disertakan ALAMAT EMEL kerana sijil penyertaan akan dihantar secara emel dalam bentuk 'softcopy' sahaja.


GARIS PANDUAN PERTANDINGAN AMALAN TERBAIK SLB

1. Pertandingan amalan terbaik ini bertujuan untuk mengiktiraf program/projek terbaik dan berimpak tinggi yang telah dilaksanakan oleh SLB.

2. Untuk peringkat saringan awal, penyertaan perlu mengikut format penulisan yang dilampirkan untuk memudahkan proses penilaian. Setiap item yang diberi perlu dilengkapkan untuk mendapat skor tertinggi seperti yang dinyatakan di dalam borang penilaian.

3. Hanya satu program/projek sahaja boleh ditulis dalam satu dokumen.

4. Standard penulisan dokumen perlu dalam font Arial saiz 12 dengan 1.5 spacing. Tiada had minimum atau maksimum untuk bilangan muka surat, tetapi kandungan dokumen yang dihantar mestilah komprehensif, menarik dan memenuhi kriteria penilaian.

5. Lampiran gambar yang disertakan perlu jelas dan mempunyai caption.

6. Dokumen lengkap perlu dihantar dalam bentuk softcopy (PDF) ke email syahidan.zainal@moe.gov.my.

7. Jika terdapat dokumen sokongan dalam bentuk media lain seperti rakaman video atau audio juga perlu disertakan pautan ke email seperti di atas.



FORMAT PENULISAN  PERTANDINGAN AMALAN TERBAIK SLB 

1) RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK/PROGRAM (1 muka surat)

2) MAKLUMAT SLB

3) OBJEKTIF / TUJUAN

4) DESKRIPSI PROJEK/PROGRAM

5) KUMPULAN SASAR

6) KAEDAH PELAKSANAAN  - Perancangan dan cetusan idea  - Operasi

7) IMPAK KEPADA AHLI SLB / WARGA SEKOLAH / KOMUNITI

7) PENGIKTIRAFAN

8) PENUTUP DAN LAMPIRAN-LAMPIRAN BERKAITAN



SEMOGA BERJAYA!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.