Rabu, 23 Januari 2019

Gotong-royong Perdana SLB SMK Taman Daya

Satu gotong-royong perdana telah diadakan di sekitar perumahan Flat Nibong, Taman Daya bersama ADUN Puteri wangsa, YB Mazlan bin Bujang yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan  Johor. Inisiatif ini merupakan projek khidmat bakti SLB SMK Taman Daya.







Program Expressive Art Therapy & Music Therapy

Program khidmat Masyarakat oleh ahli SLB Sekolah Seni Malaysia Johor. Program Expressive Art Therapy dan Music Therapy ini dijalankan dengan kerjasama Regency Hospital pada 23 Januari 2019.








Selasa, 22 Januari 2019

Fair and Science Competition DSLB Batu Pahat

SLB dan DSLB Batu Pahat telah menghadiri satu festival Fair and Science Competition di Princess Chulabhorns Science High School, Satun Thailand pada 20 Januari 2019.




Khamis, 3 Januari 2019

Pertandingan Amalan Terbaik SLB



MATLAMAT 

Meningkatkan kualiti penyampaian program SLB melalui penambahbaikan berterusan agar dapat memberi impak dari segi kemenjadian murid khususnya dalam elemen kepimpinan.


OBJEKTIF 

4.1 Dapat mengenalpasti kekuatan dan kemampuan organisasi SLB di sekolah yang mampu diangkat menjadi model terbaik.

4.2 Menyelaras, menyeragam dan membugarkan pengurusan program SLB agar menjadi lebih tersusun, kreatif dan berimpak tinggi di semua sekolah.

4.3 Mengiktiraf sekolah-sekolah yang telah menjalankan program SLB dengan cemerlang, berkesan dan kreatif untuk dijadikan rujukan dan inspirasi kepada sekolah lain.

4.4 Meningkatkan pembangunan sahsiah diri dan kepimpinan murid yang lebih berdaya saing.


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1. Penyertaan terbuka kepada semua sekolah yang telah menubuhkan program SLB. Setiap sekolah boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan.

2. Semua penyertaan mestilah asli dan hasil daripada idea sendiri dan telah diadakan pada tahun semasa. Pihak penganjur berhak untuk menolak penyertaan atau menarik balik hadiah yang diberikan sekiranya didapati program/projek adalah tidak asli.

3. Semua penyertaan hendaklah disertakan dengan borang penyertaan yang lengkap dan jelas.

4. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.

5. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan, tersilap hantar atau penyertaan yang hilang.

6. Keputusan daripada panel hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan berkenaan keputusan pertandingan tidak akan dilayan.

7. Pihak penganjur berhak untuk menggunakan idea atau bahan yang dihantar untuk tujuan promosi dan perkongsian kepada SLB sekolah lain.

8. Sentiasa rujuk laman www.jslcouncil.com untuk perkembangan dan aktiviti terkini.

9. Tarikh tutup penyertaan adalah pada atau sebelum 10 Januari 2019 (Khamis) jam 5 petang.

10. Penyertaan perlu disertakan ALAMAT EMEL kerana sijil penyertaan akan dihantar secara emel dalam bentuk 'softcopy' sahaja.


GARIS PANDUAN PERTANDINGAN AMALAN TERBAIK SLB

1. Pertandingan amalan terbaik ini bertujuan untuk mengiktiraf program/projek terbaik dan berimpak tinggi yang telah dilaksanakan oleh SLB.

2. Untuk peringkat saringan awal, penyertaan perlu mengikut format penulisan yang dilampirkan untuk memudahkan proses penilaian. Setiap item yang diberi perlu dilengkapkan untuk mendapat skor tertinggi seperti yang dinyatakan di dalam borang penilaian.

3. Hanya satu program/projek sahaja boleh ditulis dalam satu dokumen.

4. Standard penulisan dokumen perlu dalam font Arial saiz 12 dengan 1.5 spacing. Tiada had minimum atau maksimum untuk bilangan muka surat, tetapi kandungan dokumen yang dihantar mestilah komprehensif, menarik dan memenuhi kriteria penilaian.

5. Lampiran gambar yang disertakan perlu jelas dan mempunyai caption.

6. Dokumen lengkap perlu dihantar dalam bentuk softcopy (PDF) ke email syahidan.zainal@moe.gov.my.

7. Jika terdapat dokumen sokongan dalam bentuk media lain seperti rakaman video atau audio juga perlu disertakan pautan ke email seperti di atas.



FORMAT PENULISAN  PERTANDINGAN AMALAN TERBAIK SLB 

1) RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK/PROGRAM (1 muka surat)

2) MAKLUMAT SLB

3) OBJEKTIF / TUJUAN

4) DESKRIPSI PROJEK/PROGRAM

5) KUMPULAN SASAR

6) KAEDAH PELAKSANAAN  - Perancangan dan cetusan idea  - Operasi

7) IMPAK KEPADA AHLI SLB / WARGA SEKOLAH / KOMUNITI

7) PENGIKTIRAFAN

8) PENUTUP DAN LAMPIRAN-LAMPIRAN BERKAITAN



SEMOGA BERJAYA!

Ahad, 18 November 2018

Recycling Project 2.0 SLB SMK Permas Jaya

Pada 17 Novermber 2018, SLB SMK Permas Jaya telah mengadakan satu projek di Flat Plentong iaitu Recycling Project 2.0 bagi mengumpul dana untuk projek2 SLB tahun hadapan. Mereka mendapat sokongan yang sangat baik daripada penduduk flat Plentong dan mereka telah sumbangkan banyak barang-barang yang boleh dikitar semula.










Selasa, 13 November 2018

Program kolaborasi Temenggong Ibrahim Girls School Batu Pahat bersama SLB STMI Tangkak.

Program kolaborasi lawatan penanda aras Temenggong Ibrahim Girls School Batu Pahat bersama SLB STMI Tangkak telah diadakan pada 10 November 2018 bertujuan untuk berkongsi pengalaman pelaksanaan program kepimpinan di samping membina jaringan pemimpin muda di kedua-dua sekolah. Lawatan diisi dengan pelbagai aktiviti yang dapat membina semangat muhibah dengan harapan semua peserta terlibat mendapat manfaat daripada penganjuran program ini.






Isnin, 12 November 2018

Lawatan Pengantarabangsaan SMKA Johor Bahru ke Institusi Islam Indonesia

SMKA Johor Bahru telah merangka lawatan ke SMP Pariskian, Kota Serang, Banten dan pejabat Majlis Ulama Indonesia pada 9-11 September 2018.







Ahad, 11 November 2018

Annual Dinner SLB Dato Penggawa Timur

Majlis Makan Malam yang dianjurkan sepenuhnya oleh SLB Dato Penggawa Timur telah diadakan dengan penuh gemilang pada 10 November 2018. Majlis ini diadakan untuk menghargai sumbangan dan kejayaan beberapa projek yang telah dianjurkan oleh ahli SLB sepanjang tahun 2018.






Sabtu, 10 November 2018

Persidangan YouthEx

Pada 9 November 2018, SLB SMK Permas Jaya telah dijemput untuk menghadiri dan juga mengendalikan bengkel di Persidangan YouthEx di Newcastle Medical Iskandar.