Memaparkan catatan dengan label Tangkak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tangkak. Papar semua catatan
Khamis, 17 Januari 2019
Selasa, 13 November 2018
Program kolaborasi Temenggong Ibrahim Girls School Batu Pahat bersama SLB STMI Tangkak.
Program kolaborasi lawatan penanda aras Temenggong Ibrahim Girls School Batu Pahat bersama SLB STMI Tangkak telah diadakan pada 10 November 2018 bertujuan untuk berkongsi pengalaman pelaksanaan program kepimpinan di samping membina jaringan pemimpin muda di kedua-dua sekolah. Lawatan diisi dengan pelbagai aktiviti yang dapat membina semangat muhibah dengan harapan semua peserta terlibat mendapat manfaat daripada penganjuran program ini.
Jumaat, 23 Februari 2018
Penganjuran Kem Kepimpinan Murid oleh SLB STMI
SLB SMK Tengku Mahmud Iskandar (SLB STMI) sekali lagi meneruskan khidmat bakti dengan mengendalikan kem kepimpinan murid melalui gabungan dua buah sekolah rendah di daerah Tangkak iaitu SK Parit Kasan dan SK Sawah Ring. Ahli SLB STMI telah membina sendiri modul latihan kepimpinan murid dan menjadi fasilitator untuk membantu meningkatkan kemahiran kepimpinan di kalangan peserta.
Ahad, 4 Februari 2018
Pelancaran World Cancer Day oleh SLB STMI
Ahli dan penyelaras SLB SMK Tengku Mahmud Iskandar, Tangkak terus mengorak langkah mereka dengan menjalankan satu lagi aktiviti yang dilaksanakan sepenuhnya oleh ahli SLB iaitu majlis pelancaran World Cancer Day pada 4 Februari 2018.
Aktiviti ini juga memenuhi keperluan pelaksanaan Highly Immersive Program Bahasa Inggeris yang dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris terutama kepada ahli SLB.
Jumaat, 12 Januari 2018
SLB STMI bersama Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Satu pembentangan kertas kerja oleh ahli-ahli SLB SM Tengku Mahmud Iskandar kepada YB Datuk Ir Dr. Hamim bin Samuri, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar telah diadakan untuk membantu pelaksanaan projek dan program SLB bagi tahun 2018.
Langgan:
Catatan (Atom)

















