Program anjuran SLB Sekolah Tinggi Kluang (STK) ini merupakan satu program pertukaran budaya dan interaksi Guangyang Secondary School, Singapura ke Sekolah Tinggi Kluang. Program ini diadakan pada 3 hingga 5 Mac 2018 dijadikan satu inisiatif pengantarabangsaan program sekolah di samping membina jaringan pelajar STK di peringkat antarabangsa.
Memaparkan catatan dengan label Kluang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kluang. Papar semua catatan
Isnin, 5 Mac 2018
Rabu, 28 Februari 2018
Ahad, 25 Februari 2018
Program We Love We Care (Jom Sarapan) Anjuran SLB SMK Seri Lalang
Program ini diadakan untuk menggalakkan pelajar bersarapan pagi secara drive-through. Pelajar akan datang ke kaunter untuk mengambil secawan air milo dan sekeping biskut secara percuma. Program dijalankan pada setiap hari Ahad dan Rabu jam 7.00-7.20 pagi. Program ini memupuk rasa prihatin ahli SLB terhadap rakan mereka di sekolah di samping dapat memberi kesedaran tentang kepentingan sarapan sebelum memulakan sesi pembelajaran.
Sabtu, 24 Februari 2018
Program Silang Budaya SLB SMK Seri Lalang bersama Sekolah Urawa Gakuin, Jepun.
Seramai 190 pelajar Jepun terlibat dalam satu program silang budaya yang dianjurkan oleh ahli SLB SMK Seri Lalang, Kluang. Aktiviti berbentuk kebudayaan seperti permainan tradisional, majlis adat tempatan dan penyediaan makanan tradisional bersama pelajar Jepun telah diadakan. Program seperti ini mampu memberi peluang membina jaringan dan persahabatan peringkat antarabangsa kepada ahli SLB dan semua murid di SMK Seri Lalang.
Jumaat, 23 Februari 2018
Program SLB Bersama Takigawa High School, Jepun
Pada 22 Februari 2018, SLB SMK Seri Lalang telang mengadakan satu perlawanan persahabatan bola sepak dan bola tampar antara Takigawa High School, Jepun dan SMK Seri lalang yang diuruskan sepenuhnya oleh ahli SLB SMK Seri Lalang, Kluang. Aktiviti berbentuk kesukanan ini merupakan cetusan idea baharu agar dapat mempelbagaikan lagi pengisian program SLB di sekolah ini.
Khamis, 15 Februari 2018
Majlis Pelantikan Pemimpin Pelajar SMK Bandar T6
Majlis pelantikan pemimpin pelajar ini diuruskan sepenuhnya oleh ahli SLB sekolah ini sebagai salah satu pengisian program. Pelantikan ini melibatkan ahli SLB sendiri di samping pemimpin organisasi lain seperti Pengawas, PRS, PSS, SPBT, ketua dan penolong kelas, AJK tertinggi UB dan ketua-ketua kelab sukan dan permainan.
Langgan:
Catatan (Atom)

















































