Memaparkan catatan dengan label Kota Tinggi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kota Tinggi. Papar semua catatan
Khamis, 18 Januari 2018
Pelancaran Program Mentor Mentee SM Sains Kota Tinggi
Program pelancaran mentor mentee 2018
Objektif:
1. Pelajar mengetahui kepentingan program mentor mentee
2. Pelajar mengetahui pelaksanaan dan tujuan program
3. Meningkatkan hubungan saling menghormati antara pelajar dan guru
Jumlah ahli SLB terlibat:
10 pelajar slb tingkatan 5
Pengisian aktitivi
1. Pelajar menyiapkan video gimik mentor mentee
2. Pelajar menyediakan sijil simbolik pelancaran mentor mentee
3. Pelancaran dilaksanakan pada perhimpunan rasmi sekolah.
Isnin, 4 Disember 2017
Konvensyen DSLB Kota TInggi kali Pertama
DSLB Kota Tinggi telah diberi amanah untuk menganjurkan satu Konvensyen DSLB yang menghimpunkan lebih 300 pemimpin pelajar dari 11 daerah di negeri Johor yang juga ahli DSLB dari daerah masing-masing. Program kali pertama yang diuruskan oleh ahli DSLB Kota tinggi seramai 22 orang ini antara matlamat utamanya adalah untuk menghimpunkan pemimpin pelajar yang berkongsi tugasan yang sama iaitu membangunkakn potensi kepimpinan di samping membantu menjayakan program di sekolah melalui inisiatif pelajar.
Konvensyen ini diadakan selama tiga hari iaitu bermula pada 29 November 2017 hingga 1 Disember 2017. Antara pengisian program ini ialah pembentangan kertas kerja bertajuk kepimpinan murid, ucaptama daripada jemputan khas dan juga lawatan ke tempat menarik sekitar Kota Tinggi untuk menghayati nilai sejarah yang ada di daerah ini.
Majlis ini dirasmikan oleh YB Hamimah Hj Mansor yang juga mendapat kerjasama dari KEJORA sebagai penaja utama.
Program ini berjaya menaikkan semangat peserta untuk terus membangunkan program kepimpinan di sekolah di samping mencungkil potensi diri ahli DSLB untuk terus menjadi pemimpin ulung di masa akan datang.
Langgan:
Catatan (Atom)




