Khamis, 8 Februari 2018

Majlis Perasmian JISLC2018

Pada 7 Februari 2018,, satu persidangan antarabangsa pemimpin pelajar anjuran JSLC telah diadakan di KSL Hotel & Resort, Johor Bahru bertemakan Youth Leader: Infinite Ideas and Possibilities. Persidangan kali kelima ini diuruskan sepenuhnya oleh 21 pemimpin pelajar JSLC sebagai projek antarabangsa mereka setelah selesai mengharungi lapan latihan dalam negara dan dua latihan luar negara.

Persidangan ini juga menjemput tiga individu ternama untuk memberikan ucaptama diikuti beberapa siri bengkel dan pembentangan kertas kerja oleh 40 pemimpin pelajar dalam dan luar negara.

Peserta persidangan ini mencecah lebih 1200 orang dan memecah rekod persidangan JISLC sebagai siri yang teramai jumlah penyertaannya. Terdapat juga penyertaan dari lapan negara luar yang menjadikan persidangan ini diiktiraf sebagai persidangan peringkat antarabangsa oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.