Rabu, 28 Februari 2018

Program Bersama Withley Secondary School Singapore dan Sekolah Tinggi Kluang

Sekolah Tinggi Kluang telah mengadakan satu program pertukaran budaya dan khidmat masyarakat bersama Withley Secondary School Singapore pada 27 Feb hingga 1 Mac 2018. Pelbagai aktiviti dan permainan berunsurkan kebudayaan tempatan diadakan yang melibatkan pelajar dari kedua-dua buah sekolah.









Ahad, 25 Februari 2018

Program We Love We Care (Jom Sarapan) Anjuran SLB SMK Seri Lalang

Program ini diadakan untuk menggalakkan pelajar bersarapan pagi secara drive-through. Pelajar akan datang ke kaunter untuk mengambil secawan air milo dan sekeping biskut secara percuma. Program dijalankan pada setiap hari Ahad dan Rabu jam 7.00-7.20 pagi. Program ini memupuk rasa prihatin ahli SLB terhadap rakan mereka di sekolah di samping dapat memberi kesedaran tentang kepentingan sarapan sebelum memulakan sesi pembelajaran.







Sabtu, 24 Februari 2018

Program Silang Budaya SLB SMK Seri Lalang bersama Sekolah Urawa Gakuin, Jepun.

Seramai 190 pelajar Jepun terlibat dalam satu program silang budaya yang dianjurkan oleh ahli SLB SMK Seri Lalang, Kluang. Aktiviti berbentuk kebudayaan seperti permainan tradisional, majlis adat tempatan dan penyediaan makanan tradisional bersama pelajar Jepun telah diadakan. Program seperti ini mampu memberi peluang membina jaringan dan persahabatan peringkat antarabangsa kepada ahli SLB dan semua murid di SMK Seri Lalang.
















Jumaat, 23 Februari 2018

Penganjuran Kem Kepimpinan Murid oleh SLB STMI

SLB SMK Tengku Mahmud Iskandar (SLB STMI) sekali lagi meneruskan khidmat bakti dengan mengendalikan kem kepimpinan murid melalui gabungan dua buah sekolah rendah di daerah Tangkak iaitu SK Parit Kasan dan SK Sawah Ring. Ahli SLB STMI telah membina sendiri modul latihan kepimpinan murid dan menjadi fasilitator untuk membantu meningkatkan kemahiran kepimpinan di kalangan peserta.









Program SLB Bersama Takigawa High School, Jepun

Pada 22 Februari 2018, SLB SMK Seri Lalang telang mengadakan satu perlawanan persahabatan bola sepak dan bola tampar antara Takigawa High School, Jepun dan SMK Seri lalang yang diuruskan sepenuhnya oleh ahli SLB SMK Seri Lalang, Kluang. Aktiviti berbentuk kesukanan ini merupakan cetusan idea baharu agar dapat mempelbagaikan lagi pengisian program SLB di sekolah ini.














Khamis, 15 Februari 2018

Majlis Pelantikan Pemimpin Pelajar SMK Bandar T6

Majlis pelantikan pemimpin pelajar ini diuruskan sepenuhnya oleh ahli SLB sekolah ini sebagai salah satu pengisian program. Pelantikan ini melibatkan ahli SLB sendiri di samping pemimpin organisasi lain seperti Pengawas, PRS, PSS, SPBT, ketua dan penolong kelas, AJK tertinggi UB dan ketua-ketua kelab sukan dan permainan.