Ahad, 18 November 2018

Recycling Project 2.0 SLB SMK Permas Jaya

Pada 17 Novermber 2018, SLB SMK Permas Jaya telah mengadakan satu projek di Flat Plentong iaitu Recycling Project 2.0 bagi mengumpul dana untuk projek2 SLB tahun hadapan. Mereka mendapat sokongan yang sangat baik daripada penduduk flat Plentong dan mereka telah sumbangkan banyak barang-barang yang boleh dikitar semula.










Selasa, 13 November 2018

Program kolaborasi Temenggong Ibrahim Girls School Batu Pahat bersama SLB STMI Tangkak.

Program kolaborasi lawatan penanda aras Temenggong Ibrahim Girls School Batu Pahat bersama SLB STMI Tangkak telah diadakan pada 10 November 2018 bertujuan untuk berkongsi pengalaman pelaksanaan program kepimpinan di samping membina jaringan pemimpin muda di kedua-dua sekolah. Lawatan diisi dengan pelbagai aktiviti yang dapat membina semangat muhibah dengan harapan semua peserta terlibat mendapat manfaat daripada penganjuran program ini.






Isnin, 12 November 2018

Lawatan Pengantarabangsaan SMKA Johor Bahru ke Institusi Islam Indonesia

SMKA Johor Bahru telah merangka lawatan ke SMP Pariskian, Kota Serang, Banten dan pejabat Majlis Ulama Indonesia pada 9-11 September 2018.







Ahad, 11 November 2018

Annual Dinner SLB Dato Penggawa Timur

Majlis Makan Malam yang dianjurkan sepenuhnya oleh SLB Dato Penggawa Timur telah diadakan dengan penuh gemilang pada 10 November 2018. Majlis ini diadakan untuk menghargai sumbangan dan kejayaan beberapa projek yang telah dianjurkan oleh ahli SLB sepanjang tahun 2018.






Sabtu, 10 November 2018

Persidangan YouthEx

Pada 9 November 2018, SLB SMK Permas Jaya telah dijemput untuk menghadiri dan juga mengendalikan bengkel di Persidangan YouthEx di Newcastle Medical Iskandar.