Isnin, 29 Januari 2018

Lawatan SLB SMKA Johor ke Quran Centre Provinsi Riau


Pada 28 Februari 2018, seramai 15 AJK SLB SMKA Johor Bahru telah berangkat ke Riau Indonesia untuk misi pengantarabangsaan sekolah mereka.

Program ini adalah antara aktiviti terawal SLB SMKA Johor Bahru sebelum program seterusnya yang telah dirancang untuk tahun 2018.



Khamis, 18 Januari 2018

Pelancaran Program Mentor Mentee SM Sains Kota Tinggi


Program pelancaran mentor mentee 2018

Objektif:
1. Pelajar mengetahui kepentingan program mentor mentee
2. Pelajar mengetahui pelaksanaan dan tujuan program
3. Meningkatkan hubungan saling menghormati antara pelajar dan guru

Jumlah ahli SLB terlibat:
10 pelajar slb tingkatan 5

Pengisian aktitivi
1. Pelajar menyiapkan video gimik mentor mentee
2. Pelajar menyediakan sijil simbolik pelancaran mentor mentee
3. Pelancaran dilaksanakan pada perhimpunan rasmi sekolah.






Kursus Kepimpinan SLB Sekolah Seni Johor

Sekolah Seni Johor membuka tirai program SLB dengan mengadakan kursus kepimpinan ahli SLB dan dibantu oleh Penyelaras SLB SMK Dato Penggawa Timur Pn Hasdhatul Asyikin dan dua orang ahli JSLC Kohort 8. Latihan kepimpinan adalah salah satu modul kepimpinan SLB yang dilaksanakan untuk mngasah bakat kepimpinan ahli SLB.




Rabu, 17 Januari 2018

Lawatan Pelajar Jepun ke SMK Taman Daya diuruskan sepenuhnya oleh SLB TDS


Objektif: Sebagai salah satu program antarabangsa dan pertukaran budaya

Jumlah pelajar Jepun hadir: 82

Jumlah ahli SLB terlibat:

Pengisian aktiviti:

1. Persembahan kebudayaan tarian zapin johor
2. Permainan traditional congkak, batu seremban, gasing, takraw, captey.
3. Bola sepak
4. Kaligrafi cina india dan khat islam
5. Gerai kuih traditional malaysia, demonstrasi teh tarik, demontrasi kuih gula melaka.
6. Mencuba rasa buah-buahan tempatan
7. Canting batik














Jumaat, 12 Januari 2018

SLB STMI bersama Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

Satu pembentangan kertas kerja oleh ahli-ahli SLB SM Tengku Mahmud Iskandar kepada YB Datuk Ir Dr. Hamim bin Samuri, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar telah diadakan untuk membantu pelaksanaan projek dan program SLB bagi tahun 2018.